Masa Penyediaan
3 jam
Masa Memasak
2½ - 3 jam
Saiz Hidangan
70-80 hidangan
Bahan-bahan
- 10 kg Ayam, potong menjadi ketulan kecil
- 100g Serbuk kunyit
- 60g Garam
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk sos:
- 1 kg Sos Cili Kimball
- 1 kg Sos Tomato Kimball
- 20 kuntum Bunga lawang
- 10 batang Kayu manis
- 30 kuntum Bunga cengkih
- 10 biji Buah pelaga
- 60g Serbuk cili
- 5 cawan Air
- 500g Bawang besar, dihiris nipis
- 10 cawan Kacang pis
- 60g Garam
- (kisar jadi pes halus):
- 2 kg Bawang besar
- 300g Bawang putih
- 500g Halia
- 100g Lengkuas
- 200g Serai
- 500ml Minyak
Cara-caranya
- Perap ketulan ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ketulan ayam sehingga warna kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali, tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan pes bahan-bahan kisar, serbuk cili dan semua sos Kimball. Kacau sehingga sebati dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air, ketulan ayam dan hirisan bawang. Kacau sehingga sebati dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan bawang empuk.
- Akhirnya, masukkan kacang pis dan garam, kacau sehingga rata dan masak selama 5 minit lagi. Sedia dihidangkan.