Masa Penyediaan
25 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Bahan-bahan
"- Untuk Bergedil
- 2 kentang, digoreng dan ditapis
- 250g daging cincang
- 6 ulas bawang putih, diparut
- 1 bawang merah, dihiris dan digoreng sehingga rangup
- 1 inci halia
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil jintan putih
- Garam, secukup rasa
- 1 tangkai daun ketumbar, didadu
- 2 biji telur, dipukul
- ½ cawan minyak
- Untuk Sos
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 3 bawang putih, didadu
- 2 bawang merah kecil, didadu
- 1 batang saderi, didadu
- 1 cawan cendawan shimeiji
- ¼ cawan Kacang Kuda Kimball
- 3 sudu besar Sos Spageti Cendawan Kimball
- Air
- Garam, secukup rasa
- 1 sudu besar daun ketumbar
Cara-caranya
"- Dalam mangkuk besar, lenyekkan kentang dan masukkan daging, bawang putih, bawang merah goreng, halia, serbuk cili dan jintan putih. Perasakan dengan garam dan masukkan daun ketumbar. Gaul sebati.
- Bentukkan gabungan menjadi bergedil dan gorengkan dalam kuali sehingga separuh masak. Ketepikan.
- Salutkan bergedil dalam bancuhan telur dan gorengkan patty untuk beberapa minit lagi sampai keemasan.
- Dalam pan yang lain, masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, bawang merah kecil dan saderi.
- Kemudian, masukkan cendawan shimeiji dan Kacang Kuda Kimball.
- Apabila cendawan layu, tambahkan Sos Spageti Cendawan Kimball dengan sedikit air.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam. Masukkan daun ketumbar dan hidangkan dengan begedil.