Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- Untuk Sos Salad:
- 3 sudu besar jus limau nipis
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
- 2 sudu besar gula
- 2 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 sudu besar minyak
- *200g daging lembu, potong nipis
- 50g suhun, celur 1 minit dan disejat
- ½ batang lobak merah kecil, diparut halus
- 20 biji tomato ceri, dipotong dua
- 1 biji bawang ungu, dihiris nipis
- 4 biji cili burung, dihiris halus
- ½ cawan daun sup, dipotong 4cm panjang
- ¼ cawan kacang tanah panggang
- Chef tips: Untuk alternatif, gunakan dada ayam
Cara-caranya
- Panaskan minyak. Gaul daging dengan garam dan lada hitam. Goreng selama 5 minit.
- Angkat daging. Masukkan dalam mangkuk dan tuang separuh sos. Sejukkan.
- Sebelum hidang, campurkan daging dengan bahan-bahan lain dan gaul bersama lebihan sos. Hidangkan segera.