Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
- 3 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 3 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- Minyak untuk menggoreng
- 50g Bawang besar, dicincang
- 120g Daging ayam cincang
- 300g Ubi kentang, direbus dan dihancurkan
- ½ Sudu Teh Serbuk lada hitam kasar
- 24 Keping Biskut krim kraker
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 6 Biji Telur
- 3 Sudu Besar Sos Cili Thai Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 Sudu Besar Daun ketumbar, dicincang halus
- 4 Sudu Besar Air
- Cili, daun bawang, bawang goreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan daging ayam sehingga masak dengan sepenuhnya. Masukkan kentang putar dan perasakan dengan Sos-Sos Kimball dan serbuk lada hitam kasar. Kemudiannya, kapitkan satu lapisan inti ayam yang lebih kurang ½” tebal di antara 2 keping biskut krim kraker.
- Pukul bahan-bahan untuk adunan telur sehingga sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan celupkan sandwich biskut krim kraker di dalam adunan telur dan goreng sehingga menjadi warna kuning keemasan.
- Seterusnya, satukan bahan-bahan untuk sos pencicah.
- Akhir sekali, angkat, hias dan hidangkan krim kraker ayam berdegil bersama sos pencicah.