Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- Untuk adunan kuah:
- 2 cawan air
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 ½ sudu besar tepung jagung
- 200g Fettucine Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 3 sudu besar minyak
- 1 sudu besar kicap cair
- 5 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 cawan bunga kobis, dipotong kecil
- 200g isi ayam, dipotong nipis
- 2 keping kek ikan, dihiris nipis
- 6 tangkai pak choy, dipotong 5cm panjang
- 1 biji telur, dipukul
- Garam, secukup rasa
- Lada, secukup rasa
Cara-caranya
- Panaskan 1 sudu besar minyak dan goreng fettucine. Campur kicap. Angkat dan letak dalam pinggan hidang.
- Tumis pula bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan bunga kobis, ayam dan kek ikan. Biar dalam 5 minit. Kacau adunan kuah dan tuang ke dalam kuali. Didihkan.
- Campur pak choy. Anggaran 3 minit baru masukkan garam dan lada secukup rasa. Percikkan telur yang telah dipukul, sebaik kuah didih. Tutup api. Tuang atas mi dan hidang segera.