Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (290g) Kimball Sos Pasta Ayam-nara
- 180g Kimball Makaroni, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Mentega
- 2 biji Bawang merah kecil, dihiris nipis
- 2 biji Cili padi, dibuang biji dan dicincang halus
- 120g Udang kecil
- 3 sudu besar Cincalok
- ½ cawan Susu
- 4 keping Keju cheddar
Cara-caranya
- Panaskan mentega, kemudiannya tumis bawang merah dan cili padi sehingga wangi. Masukkan udang kecil dan cincalok, gaul sehingga sebati.
- Tuangkan Kimball Sos Pasta Ayam-nara dan susu. Gaul rata, kemudiannya masukkan Kimball Makaroni dan gaul sehingga sebati.
- Tuang campuran makaroni ke dalam kaserol, taburkan kepingan keju di atas ia, dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180˚C selama 5–10 minit dengan menggunakan api atas, atau sehingga keju cair. Dihidangkan panas.
Kongsi di Facebook