Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- Ayam Goreng
- 2 keping paha ayam tanpa tulang (300g)
- ¼ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil lada hitam
- ¼ sudu kecil paprika
- ¼ cawan serbuk roti
- ¼ cawan tepung gandum
- ½ cawan minyak masak, untuk goreng
- Sos
- 2 sudu besar minyak masak, untuk tumisan
- 1 bawang merah besar, dihiris
- 6 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 1½ cawan air
- ½ lobak merah, dihiris
- 1 biji tomato, dihiris
- 1 sudu besar cuka
- ¼ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- ½ sudu besar lada hitam
- ¼ cawan air digaul dengan 1 sudu besar tepung
- ¼ pek Spageti Kimball, dicelur mengikuti arahan di bungkusan
- Hiasan
- 1 sudu besar kacang hijab, dicelur
- 2 biji kentang, dihiris & digoreng
Cara-caranya
- Perapkan paha ayam dengan garam, lada hitam dan paprika
- Di piring lain, gaulkan serbuk roti dan tepung gandum bersama.
- Salutkan paha ayam dengan serbuk roti dan tepung sekata.
- Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam. Gorengkan setiap belah sehingga garing & warna keemas-emasan.
- Keringkan minyak dan letakkan dalam piring untuk hidangan.
- Dalam periuk lain, panaskan minyak tumisan
- Tumiskan bawang sehingga layu dan wangi. Masukkan Sos Tomato Kimball dan air.
- Apabila mendidih, masukkan hirisan lobak merah dan tomato, masak sehingga empuk
- Perasakan dengan cuka, garam, gula dan lada hitam. Tuangkan bancuhan air dan tepung ke dalam sos dan gaul sehingga pekat.
- Taburkan dengan kentang goreng dan kacang hijau & tuangkan sos ke atas paha ayam yang digoreng.
- Hidangkan dengan Spageti Kimball.