Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
8 orang
Bahan-bahan
- Untuk Perapan
- 1 ekor ayam (anggaran 1.8kg), potong sebesar 4sm
- 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- ½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
- 3 sudu besar serbuk cili
- 1 ½ sudu besar serbuk jintan putih
- Bahan A
- 1/3 cawan minyak
- 1 sudu teh biji sawi
- 1 sudu teh jintan putih
- 4sm kulit kayu manis
- 2 tangkai daun kari
- Bahan Kisar
- 100g halia, dihiris
- 5 ulas bawang putih, dihiris
- 2 bawang merah, dihiris halus
- 1 botol Sos Spageti Tradisional Kimball
- Garam, secukup rasa
Cara-caranya
- Letak ayam dalam mangkuk adunan besar dan gaul dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Lada Hitam Kimball, serbuk cili dan jintan putih. Perap 10 minit. Ketepikan.
- Masukkan ¼ cawan air bersama halia, bawang putih dan bawang, kisar halus.
- Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana. Masukkan bahan A. Apabila biji sawi meletup letup, campur pula bahan kisar. Kacau selalu sehingga bahan menjadi perang.
- Masukkan ayam (bersama bahan perapan) dan goreng anggaran 15 minit. Tambah Sos Spagetti Tradisional Kimball dan 1 1/2 cawan air. Biarkan mendidih, barulah perlahankan api. Sesekali kacau sehingga ayam empuk dan kuah pekat – anggaran 20 minit. Perasakan dengan garam.
- Hidangkan segera sementara panas.