Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 3 sudu besar minyak
- 200g dada ayam, didadu
- ¼ cawan Sos Cili Thai Kimball
- 3 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- ½ sudu teh kicap pekat
- ¾ cawan air
- 1 labu bawang besar, dihiris
- 100g bunga kubis, dipotong berkelopak
- 100g cili benggala hijau, didadu
- 100g jagung muda, dihiris
- 100g lobak merah, dihiris
- 2 helai daun limau purut, torn
- 1 sudu teh Tepung jagung + 1 sudu besar air
- garam, secukup rasa
- gula, secukup rasa
- 4 bahagian nasi, untuk hidangan
- Bahan Kisar
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 buah keras
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan ayam, Sos Cili Thai Kimball, Sos Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball, kicap dan air. Kacau hingga mendidih.
- Masukkan bawang, sayur-sayuran dan daun limau purut. Tutup dan masak hingga sayur-sayuran empuk.
- Tuangkan campuran tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah perisa. Hidangkan bersama nasi.