Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 10 keping roti
- 4 sudu besar mentega, untuk disapu
- ½ sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang besar, dicincang halus
- 150g daun salad, dihiris
- 2 biji tomato, dihiris nipis
- A
- 300g ayam dada rebus, dicincang kasar
- 1 tin Kacang Parang Kimball, dilenyek
- 3 sudu besar Sos Spageti Tradisional Kimball
- Garam, secukup rasa
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
- B
- 1 sudu besar Mayonis Kimball
- 1 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 1 sudu besar Sos Cili Kimball
Cara-caranya
- Sapukan mentega pada roti dan bakar sedikit di atas kuali. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
- Masukkan Bahan A dan masak untuk beberapa minit sehingga pekat. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, gaulkan Bahan B sehingga sebati.
- Susun sedikit salad dan tomato pada sekeping roti. Sudukan Bahan B di atasnya dan lapiskan dengan sekeping lagi roti.
- Ratakan sedikit Bahan A dan lapiskan dengan sekeping lagi roti.
- Ulangi langkah hingga dua lapisan lagi (gunakan 5 keping roti).
- Potongkan sandwic kepada 2 dan hidangkan.
- Tip dari Chef: Roti juga boleh dibakar dalam pembakar roti kemudian baru disapu mentega.