Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
1 jam
Saiz Hidangan
2 orang
Bahan-bahan
- Untuk perapan:
- 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 6 sudu besar Pes rendang
- 3 sudu besar Kerisik
- 2 batang Serai, diparut
- 2 Paha ayam besar
- 3 helai Daun pisang
- 12 helai Daun limau purut
- 1 helai Daun kunyit, dikoyak-koyak
- Untuk kuah:
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 2 sudu besar Pes rendang
- 1 sudu besar Kerisik
- 1 cawan Air
- Secubit garam
Cara-caranya
- Perap ayam dengan bahan-bahan perapan ayam selama 30 minit.
- Letak ayam di atas daun pisang, taburkan daun limau purut dan daun kunyit di atas seluruh ayam. Bungkus ayam dengan daun pisang dan selitkan hujung daun pisang di bawah supaya tidak terbuka. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 60 minit.
- Untuk kuah, masukkan semua bahan-bahan untuk kuah ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati. Biar mendidih.
- Hidangkan ayam bakar rendang bersama kuah dan lemang atau ketupat.
Tip cef: Paha ayam besar boleh digantikan dengan separuh ayam yang dipotong kepada ketulan.