Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
Untuk Perapan Ikan:- 1 Sudu Besar Sos Tiram Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 1 Kg Ikan kembung, dibersih dan kelar isi ia
- ½ Tbsp Serbuk Kunyit
- Minyak untuk menggoreng
- 1 Sudu Besar Sos Tiram Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball Chilli
- 2 Sudu Besar Minyak
- 4 Ulas Bawang putih, dihiris nipis
- 100g Bawang besar, dihiris nipis
- 20g Halia, dihiris nipis
- 3 Biji Cilli merah, dihiris menyerong
- 3 Biji Cilli hijau, dihiris menyerong
- 4 Biji Cili padi hijau atau merah, dilebam sedikit
- 3 Sudu Besar Taucho, dicincang kasar
- 2 Sudu Besar Asam jawa + 375ml air
- 100g Gula Melaka
Cara-caranya
- Perap ikan selama 20 minit. Kemudiannya, goreng sehingga masak dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih, bawang merah, cili-cili dan tauchu sehingga wangi.
- Kemudiannya, masukkan sos-sos Kimball, air asam jawa, gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
- Akhirnya, masukkan ikan digoreng dan biar mereneh selama 5 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.