Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
10-12 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
- Untuk perapan kambing:
- 3 sudu besar Sos BBQ Kimball
- 3 sudu besar Sos Cili Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 2 sudu besar Kicap cair
- Kisar menjadi pes halus
- 2 ulas Bawang putih
- 2 batang Serai, bahangian berwarna putih
- 60g Bawang besar
- 15g Lengkuas
- 30g Daun ketumbar
- 1kg Bahu kambing, dipotong kepingan 3” tebal
- Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
- Untuk perapan kambing, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
- Sapu sos perap pada kedua-dua belah kepingan bahu kambing dan tuangkan sos perap yang berlebihan ke atasnya. Tutup dan perap selama 24 jam dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kepingan kambing selama 10-12 minit atau sehingga tahap masak mengikut kesukaan. Hidangkan bersama hidangan sampingan mengikut kesukaan.