Masa Penyediaan
30 minit + 1 jam (penerapan)
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
4-6 orang
Bahan-bahan
- 3 sudu besar Sos BBQ Kimball
- ¼ cawan Sos Spageti Cendawan Kimball
- 3 sudu besar Sos Cili Kimball
- 1 keping kulit piza (10-inci, sedia diguna)
- 150g parutan keju mozarella
- 200g dada ayam
- ¼ cawan bawang besar, didadu kecil
- ¼ cawan lada benggala hijau, didadu kecil
- ½ cawan nanas, didadu kecil & dicelur dalam air mendidih hingga lembut
- 2-3 sudu besar Mayonis Kimball
Cara-caranya
- Perap ayam dengan Sos BBQ Kimball selama 1 jam. Panggang pada suhu 200°C selama 20 minit, terbalikkan selepas 10 minit. Biar sejuk kemudian dadu kecil.
- Panaskan Sos Spageti Cendawan Kimball dan Sos Cilli Kimball hingga pekat. Sapukan ke atas kulit piza. Ratakan separuh keju di atasnya.
- Taburkan ayam, bawang, cili benggala, nanas dan baki keju.
- Bakar pada suhu 190°C selama 10 minit atau hingga keju cair.
- Gerimiskan piza dengan Mayonis Kimball sebelum dihidangkan.