Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- Untuk Sos
- 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
- ½ cawan mentega kacang kasar
- ½ cawan Sos Cili Thai Kimball
- 200g Spiral Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 1 tin Kacang Kuda Kimball
- 2 cawan hirisan kubis ungu
- 1 cawan hirisan cili benggala merah
- 4 tangkai daun limau purut, dicincang halus
- Garam, secukup rasa
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
Cara-caranya
- Kacau bahan-bahan untuk sos di atas api perlahan sehingga panas. Ketepikan.
- Campurkan Spiral Kimball dan Kacang Kuda Kimball dalam mangkuk besar.
- Campurkan kubis, cili benggala dan daun limau purut.
- Masukkan sos, tambah garam, serbuk lada hitam dan gaul rata.
- Sedia untuk dihidang.
- Tip dari Chef: Anda juga boleh menambah sosej ayam atau daging yang telah dimasak.