Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 2 sudu besar minyak sapi
- 4 biji bawang merah, dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih, dihiris nipis
- 4cm halia, dihiris nipis
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 3 biji bunga cengkih
- 2 biji bunga lawang
- 1 sudu besar rempah briyani, campurkan 3 sudu besar air menjadi pes
- 400g kambing, dipotong dadu
- 250g beras basmathi, direndam 20 minit dan buangkan air
- Air, secukupnya
- 100g Sos Spageti Cendawan Kimball
- 2 sudu besar susu cair
- Pewarna merah, titisan yang sesuai
- Garam secukup rasa
- Hiasan
- Kacang gajus, dipanggang jika perlu
- Bawang goreng, jika perlu
- Daun pudina, jika perlu
Cara-caranya
- Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan hirisan dan rempah tumis.
- Apabila wangi, masukkan pes briyani dan kambing. Kacau selama 2 minit.
- Masukkan air, biar mendidih dan renihkan sehingga kambing empuk. Tapiskan dan asingkan kambing dan stok.
- Satukan stok dengan Sos Spageti Cendawan Kimball dan susu sehingga 450ml.
- Tuangkan ke dalam periuk nasi eletrik, masukkan beras dan garam.
- Bila masak, titiskan pewarna merah. Taburkan kambing di atasnya.
- Tutup dan masak 5 minit lagi. Kemudian gaul rata.
- Hiaskan dengan bawang goreng, kacang gajus dan daun pudina.
- Tip dari Chef: Kambing boleh digantikan dengan daging lembu atau ayam.