Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 120g Spiral Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 4 sudu besar Mayonis Kimball
- 6 sudu besar Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
- 4 sudu besar Minyak masak
- 120g Bawang besar, dicincang halus
- 350g Ayam kisar
- 8 biji Telur
- ¼ cawan Air
- Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara-caranya
- Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga wangi. Tambah ayam dan masak sehingga masak sepenuhnya, ketepikan.
- Masukkan telur ke dalam mangkuk, tambah Mayonis Kimball, Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball, air dan pukul sehingga gebu. Tambah campuran ayam dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Panaskan minyak masak yang selebihnya dalam kuali, tuangkan campuran telur dan biar rendidih. Tambah Spiral Kimball dan masak sehingga tekstur telur menjadi pejal. Terbalikkan campuran telur dengan hati-hati dan terus masak sehingga kedua-dua belah berwarna perang keemasan. Ulangi langkah dengan bahan-bahan yang selebihnya.
Tip chef: Untuk menyediakan Murtabak Pasta yang banyak untuk jamuan, alaskan dulang bakar dengan kertas minyak, tuangkan separuh campuran telur, tambah pasta dan isikan dengan campuran telur yang selebihnya. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150˚C selama 10-15 minit. Potong menjadi kepingan kecil selepas sejuk.