Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 400g Fettuccine Kimball, Masak Ikut Arahan Pada Paket
- 1 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 120g Hirisan Daging Ayam
- 1 Biji Cili Merah, Dihiris
- 30g Bawang Kuning, Dihiris
- 20g Bawang Putih, Dicincang
- 1 Keping Kek Ikan, Dihiris
- 5 Kuntum Cendawan Shiitake Kering, Direndam dan Dihiris
- 80g Sawi
- Minyak Untuk Menggoreng
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 ½ Sudu Besar Sos Karamel Cheong Chan
- 2 Sudu Teh Tepung Jagung
Cara-caranya
- Perap ayam dengan 1 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball selama 10 minit.
- Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan untuk kuah dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili merah, bawang kuning dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak sepenuhnya. Kemudiannya, masukkan bahan-bahan yang selebihnya kecuali Fettuccine Kimball dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan campuran kuah dan biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan Fettuccine Kimball dan biar mereneh selama 4-5 minit, angkat dan hidangkan panas.