Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
35 minit
Saiz Hidangan
3 orang
Bahan-bahan
- 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 4½ sudu besar Sos Tomato Kimball
- 3 cawan air
- 350g kentang, dipotong dadu ½ inci
- 250g daging, dipotong dadu ½ inci
- 1 batang lobak merah, dipotong dadu ½ inci
- Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara-caranya
- Campurkan Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Tomato Kimball dan air ke dalam periuk nasi elektrik.
- Masukkan kentang, daging, lobak merah dan perisakan dengan serbuk lada hitam. Kemudian, kacau sebati.
- Tutup dan masak sehingga ubi kentang, daging dan lobak merah empuk. Hidangkan.