Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
"- ½ ekor ayam, potong enam
- 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 sudu besar jus halia
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh serbuk lada putih
- 2 ½ cawan (500 g) beras, dibasuh dan disejat
- 2 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih, dicincang halus
- 2 sm halia, dihiris nipis
- 600 ml stok ayam
- 2 helai daun pandan, disimpulkan
- Untuk hiasan:
- 1 tangkai daun bawang, dihiris nipis
- 1 biji timun, dihiris
- 2 sudu besar sos karamel pekat
- ¾ cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball
Cara-caranya
"- Perap ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball, jus halia, garam dan lada putih selama 10 minit.
- Panaskan minyak atas api sederhana. Tumis halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan beras, gaul sampai mesra. Campurkan stok ayam, ½ sudu teh garam dan daun pandan. Tutup, biarkan mendidih dan air sedikit kering tetapi nasi masih lembap.
- Kemudian, ‘tanam’ ayam perap tadi di dalam nasi. Perlahankan api dan tutup periuk dengan kemas. Biarkan masak anggaran 25 minit.
- Gembur nasi dan hidang. Hias dengan hirisan timun dan daun bawang. Percik sos karamel pekat di atasnya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih Kimball.