Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- 3 sudu besar minyak
- 500g ayam, dipotong keping anggaran 5cm, gaul dengan garam dan lada
- 1 biji bawang besar, dipotong baji nipis
- 1 biji lobak merah, dipotong 5cm memanjang
- 1 biji lada benggala hijau, dihiris tebal
- 1 biji lada benggala merah, dihiris tebal
- 3 ulas bawang putih, dihiris tebal
- 500g beras, dicuci dan disejat
- 1 cawan Sup Tomato Kimball
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 375ml air
- 10 batang kacang buncis, dipotong 3cm panjang
Cara-caranya
- Gorengkan ayam sehingga sedikit perang. Angkat dan ketepikan. Kemudian, tumiskan bawang, lobak merah, lada benggala dan bawang putih atas api sederhana selama 10 minit. Tambahkan beras dan gaul 5 minit.
- Tambahkan Sup Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball dan air. Biar sehingga mendidih dan air kering.
- Letak ayam dan kacang buncis atas nasi, tutup dan perlahankan api. Jangan buka tudung periuk selama 20 minit. Hidangkan segera kemudian.