Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
3–4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin Sos Pasta Buttermilk Kimball
- 6 sudu besar Sos Cili Kimball
- 2 tbsp Mentega
- 50g Bawang besar, dicincang halus
- 1 no Cili padi, dibuang biji dan dicincang halus
- 3 sprigs Daun kari, dicincang halus
- 4 pcs Burger ayam, dihancurkan
- 5 nos Telur
- 6 pcs Roti frankfurter
- 1 small Timun
- 1 medium Tomato
- ½ cup Kubis, dihiris jalur halus
- 1 sudu besar Mentega untuk menggoreng
Cara-caranya
- Panaskan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar, cili padi dan daun kari sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan burger ayam dan goreng sehingga masak dengan sepenuhnya, ketepikan untuk menjadi sejuk.
- Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama Sos Pasta Buttermilk Kimball sehingga sebati dan masukkan campuran burger ayam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Untuk Roti John, potong roti frankfurter secara memanjang dan sapu dengan mentega. Panaskan kuali tidak melekat dengan sedikit mentega, tuangkan campuran telur ke dalam kuali dan goreng selama 1 minit. Letakkan roti dengan bahagian yang disapu dengan mentega menghala ke bawah di atas campuran telur, tekan dengan ringan dan goreng selama 1 minit lagi. Membalikkan roti dan goreng selama 30 saat lagi.
- Tutup api dan angkat roti dari kuali. Taburkan timun, tomato, kubis dan Sos Cili Kimball di atas roti. Sedia dihidangkan.