Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
8-10 orang
Bahan-bahan
- 1.6kg kepak ayam, dibuang hujung kepak*
- Bahan Perapan:
- 80g bawang merah, dihiris
- 3 batang serai, dihiris
- 30g kunyit hidup, dibuang kulit dan dihiris
- 1 ½ sudu teh
- 40g gula
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
- 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- ½ cawan air
Cara-caranya
- Campurkan semua bahan perapan dalam pengisar dan kisar halus. Perap ayam dengan bahan perapan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam (atau semalaman).
- Susun ayam dalam dulang pembakar. Kemudian, panggang dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak dan berwarna keperangan. Hidangkan panas.
TIP: Simpan hujung kepak ayam yang dipotong untuk buat stok ayam. (Rebus hujung kepak ayam dalam 700ml
air dan 3 hiris halia. Biarkan mendidih, kemudian renihkan atas api perlahan selama 1 jam dan tapiskan
stok)