Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 1 labu bawang besar, dicincang
- 1 biji cili benggala kuning, dipotong dadu
- 3 biji tomato segar, direbus and dicincang
- 200ml air
- 450g Pati Tomato Kimball
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- 100g sotong, dipotong bulat
- 100g udang segar, dibuang kulit dan urat
- 6 kepah besar
- Garam, secukup rasa
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
- 400g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 2 sudu besar daun parsli segar, dicincang
Cara-caranya
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang dengan api perlahan sambil mengacaunya sesekali.
- Masukkan cili benggala, tomato, air, Pati Tomato Kimball dan serbuk paprika. Didihkan.
- Masukkan sotong, udang dan kepah lalu didihkan lagi untuk beberapa minit.
- Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Didihkan selama 8-10 minit atau sehingga kuah agak pekat.
- Tuangkan ke atas Spageti Kimball.
- Taburkan daun parsli dan hidangkan segera.
- Tip dari Chef: Boleh ditambah makanan laut lain seperti ikan dan kapis.