Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
6-8 jam
Saiz Hidangan
35-40 hidangan
Bahan-bahan
- 1 kg Sos Lada Hitam Kimball
- Untuk sos perap ayam:
- 2.6 kg Ayam pencen
- 500g Epal merah, dibuang kulit dan diparut
- 80ml Cuka
- 3 sudu besar Serbuk bawang putih
- 300g Bawang besar, didadu kecil
- 3 sudu besar Paprika
- 2 sudu besar Serbuk lada hitam kasar
- 2 sudu besar Tepung jagung
- Untuk salad coleslaw:
- 1 kg Mayonis Kimball
- 1 kg Kubis unggu, dihiris halus
- 2 kg Kubis, dihiris halus
- 1 kg Lobak merah, dihiris halus
- 10g Garam
- 75g Gula perang
- 150ml Cuka epal
- Untuk hiasan (ikut kesukaan):
- Daun bawang atau daun ketumbar dicincang
Cara-caranya
- Untuk sos perap ayam, campur semua bahan-bahan dan ketepikan.
- Cuci ayam dan biarkan sempurna. Keringkan dan potong beberapa celah di bahagian paha atas dan dada. Sapukan sos perap ayam dengan rata dan masukkan ke dalam periuk masak perlahan. Tuangkan sos perap ayam yang berlebihan ke atas dan masak dengan suhu rendah semalaman.
- Keluarkan ayam dari periuk, siatkan daging ayam dan campur rata dengan kuah. Ketepikan.
- Untuk salad coleslaw, campur semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati, sejukkan di dalam peti sejuk semalaman.
- Hidangkan dengan roti sosej, roti burger atau roti sandwic.