Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
3–4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin Sos Pasta Tomato Cili Pedas Kimball
- 2 biji Cili padi, dibuang biji dan dicincang halus
- 1 sudu besar Jus limau
- 2 sudu besar Daun ketumbar, dicincang halus
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk perapan ayam:
- 750g Kepak ayam, dibahagi 2
- 1 sudu teh Garam
- 1 sudu teh Lada sulah
- ½ sudu besar Serbuk bawang putih
- 1 sudu teh Serbuk kunyit
- 3 biji Putih telur
- 1 cawan Tepung jagung
- Untuk hiasan:
- Daun ketumbar, dicincang
Cara-caranya
- Perap kepak ayam dengan bahan-bahan perapan ayam selama 30 minit.
- Di dalam periuk kecil, panaskan Kimball Spicy Chilli Tomato Pasta Sauce, cili padi, jus limau dan daun ketumbar. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng kepak ayam sehingga rangup dan warna kuning keemasan. Angkat dan letak di atas pinggan hidangan.
- Untuk menghidang, tuangkan sos pedas ke atas kepak ayam goreng dan kacau sehingga sebati. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan serta-merta.