Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
6-8 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Tiram Kimball
- 2 Sudu Besar Minyak masak
- 15 Biji Cili padi, Kisar halus
- 2 inci Kunyit segar, Kisar halus
- 1.2Kg Ayam, potong kepada 18-20 ketulan
- 3 Batang Serai, dilebamkan
- 500ml Santan
- 250g Ubi kentang, didau 1.5”
- 3 Keping Hirisan asam jawa
- 2 Helai Daun kunyit, dihiris nipis
- ½ Sudu Teh Garam
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga warna perang sedikit.
- Masukkan bahan-bahan kisar, serai, santan dan ubi kentang. Biar mendidih dan rendahkan api.
- Kacau sekali-sekala sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudiannya, masukkan hirisan asam jawa, daun kunyit, garam dan sos-sos Kimball.
- Kacau sehingga sebati dan biar mendidih selama 5 minit. Sedia dihidangkan.