Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 6 sudu besar Sos Spageti Tradisional Kimball
- 3 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
- 200g Makaroni Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Minyak masak
- 50g Bawang Bombay, didadu
- 100g Lobak merah, didadu
- 5 batang Sosej, potong gelang
- 2 ulas Bawang putih, dicincang
- 1 tin (425g) Cendawan butang, potong baji
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- 2 sudu besar Selasih segar, dicincang
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi. Tambah lobak merah dan tumis 1 minit. Seterusnya masukkan sosej, bawang putih dan gaul rata.
- Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball dan Sos Cili Thai Kimball, tambah cendawan dan Makaroni Kimball. Goreng 1-2 minit.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah. Hias dengan selasih segar dan hidangkan panas.
Tip chef: Untuk mendapatkan tekstur yang lebih berkrim, tambah 2 sudu besar Mayonis Kimball sebelum hidang dari kuali.