Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 6 Sudu Besar Sos Karamel Cheong Chan
- 40g Bawang Besar, Dihiris
- 30g Bawang Putih, Dicincang
- 200g Udang, Dibuang Urat Dan Simpan Ekor
- 2 Keping Kek Ikan, Dihiris
- 100g Bebola Ikan
- 100g Sawi, Dipotong 1” Panjang
- 2 Biji Tomato, Dipotong Baji
- 60g Jagung Muda, Dihiris Serong
- 2 Biji Cili Merah, Dihiris
- ½ Cawan Air
- 300g Mee Kuning (*Cadangan: untuk pilihan lebih sihat gunakan Pasta Kering Kimball)
- ½ Biji Limau
- Minyak Untuk Menggoreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang, kek ikan, bebola ikan dan goreng sehingga masak.
- Masukkan sawi, tomato, jagung, cili merah dan goreng selama 1-2 minit lagi.
- Kemudiannya, masukkan Sos-Sos Kimball, Sos Karamel Cheong Chan, air dan mee kuning (ataupun Pasta Kering Kimball). Biarkan mereneh selama 2-3 minit pada suhu sederhana.
- Angkat, picitkan jus limau ke atas mi goreng dan hidangkan panas.