Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- 200g Daging lembut, hiris nipis
- 3 sudu besar Minyak
- 2 sm Halia, dihiris nipis
- 3 ulas Bawang putih, diketuk
- Sayur-sayuran:
- 1 – 2 biji Cili Burung, dihiris tebal
- 1 biji Bawang, dipotong baji
- ½ batang Lobak merah, dihiris nipis
- ¾ cawan Sayur campuran, dipotong kecil*
- 2 tangkai Daun bawang, dipotong anggaran 4cm panjang
- *Lada benggala hijau, brokoli atau bunga kobis
- Untuk perapan :
- 1 sudu teh Gula
- ½ sudu teh Garam
- ½ sudu teh Serbuk lada putih
- 1 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
- 2 sudu teh Tepung Jagung
- Untuk sos:
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball, campurkan 75 ml air
Cara-caranya
- Perap daging dan ketepikan selama 10 minit.
- Panaskan 1 ½ sudu besar minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan sayur campuran dan goreng selama 5-7 minit. Angkat.
- Tambahkan minyak dan gorengkan daging dalam 7-8 minit. Masukkan sayur goreng ke dalam kuali sekali dan campurkan adunan sos. Bila sos jadi pekat, tambahkan daun bawang, biar 30 saat. Hidangkan panas bersama nasi.