Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- 20g suhun, direndam 15 minit dan disejat
- 2 sudu besar minyak
- 3 ulas bawang putih, dicincang halus
- ½ batang lobak merah, diparut halus
- 500g kubis, dihiris halus
- 2 biji telur, dipukul
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 tangkai daun bawang, dipotong 4 cm panjang
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga perang. Masukkan lobak merah, kobis dan suhun. Kacau 5-8 minit.
- Buat lubang di tengah dan tambahkan telur. Kacau.
- Gaul telur dan sayur, goreng lagi 6-8 minit. Perasakan dengan Sos Berperisa Tiram Kimball. Tambah daun bawang dan gaul beberapa saat. Siap diangkat.