Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
45 minit
Saiz Hidangan
8-10 orang
Bahan-bahan
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar minyak sapi, mentega atau marjerin
- Rempah (4cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih)
- 1 biji bawang merah, dihiris nipis.
- 3cm halia, disagat halus
- 6 ulas bawang putih, dihiris nipis
- 500g beras Basmati, dibasuh dan ditapis
- 215g Pati Tomato Kimball
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 600ml stok ayam
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 2 helai daun pandan, disimpul
- 425g Kacang Kuda Kimball, dibuang air
- 3 sudu besar bawang goreng
- daun saderi
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk besar atas api sederhana. Tumis rempah selama 30 saat. Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dan tumis sehingga perang keemasan.
- Masukkan beras dan goreng selama 2 minit. Tambah Pati Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball, stok ayam, garam, gula dan daun pandan. Biarkan sehingga mendidih dan kacau sehingga hampir kesemua cecair telah diserap. Masukkan Kacang Kuda Kimball, kacau perlahan untuk mengelak kacang pecah.
- Tutup periuk, perlahankan api dan biarkan masak selama 20 minit. Gembur nasi, taburkan bawang goreng dan daun saderi, dan hidangkan.
TIP: Anda juga boleh memasak hidangan ini dalam periuk nasi.