Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30-40 minit
Saiz Hidangan
4-6 orang
Bahan-bahan
- Untuk perapan ayam:
- 3 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 100g Bawang Bombay, dihiris
- 4 – 5 tangkai Daun kai
- 200g Tomato, didadu
- 4 biji Ubi kentang, didadu
- 1kg Ayam, potong menjadi ketulan
- 50g Parutan kelapa, digoreng sehingga perang keemasan
- 5 sudu besar Serbuk kari daging
- 5 sudu besar Minyak masak
- Untuk kuah:
- 1 tin (430g) Pati Tomato Kimball
- 3 ½ cawan Air
Cara-caranya
- Perap ayam selama 30 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan daun kari sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan yang lain kecuali bahan-bahan untuk kuah. Kacau sehingga sebati dan goreng selama 4-5 minit.
- Akhirnya, masukkan bahan-bahan untuk kuah dan reneh sehingga ayam masak sepenuhnya. Hidangkan panas.
Tip chef: Hidangan ini adalah kari kurang pedas yang sesuai untuk kanak-kanak. Untuk versi yang lebih pedas, tambahkan beberapa biji cili padi pada Langkah 2.