Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 4 keping tortila
- 4 helai daun salad, dibuang tengah
- 1 batang zukini, dipotong 12 memanjang
- 2 batang ketam (dinginbeku), dipotong 8 memanjang
- 4 kepingan keju, dipotong 2
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil minyak
- Garam, secukup rasa
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
- Untuk Sapuan
- ½ tin Kacang Parang Kimball
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 3 sudu besar Sos Cili Kimball
Cara-caranya
- Pukul sebiji telur dengan garam dan serbuk lada hitam.
- Panaskan minyak, goreng dadar. Ulangi hingga telur habis, ketepikan.
- Campurkan Kacang Parang Kimball, Mayonis Kimball dan Sos Cili Kimball hingga halus.
- Tambahkan garam secukupnya.
- Sapukan pada tortila, letak telur dadar di atasnya.
- Bahagikan salad, zukini, ketam dan keju menjadi 4 bahagian.
- Susun setiap bahagian di atas tortila dan gulung kemas.
- Bungkus dengan plastik dan sejukkan selama 1 jam sebelum dihidangkan.
- Tip dari
Chef (Sapuan boleh digunakan untuk)
- Isian sandwic, krim paf savuri, roti pita dll
- Isikan ke dalam beg aising, picitkan ke atas piza atau roti bakar.
- Gaul dengan pasta panas untuk hidangan cepat.
- Tambah ke dalam bubur nasi.
- Tambah air panas jadi pencicah kepada seleri, potongan keju, lobak merah dll