Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin(290g) Kimball Sos Pasta Keju-nara
- 200g Kimball Spageti, masak ikut arahan pada paket
- 100g Kepingan tuna
- 60g Kacang buncis, dihiris
- ½ cawan Air
- 40g Bawang merah kecil
- 5g Halia
- 5g Kunyit
- 5g Bunga kantan
- 20 keping Daun kesum
- 2 sudu besar Pes cili
- 2 sudu teh Pes asam jawa
- 1 sudu teh Gula
- 3 sudu besar Minyak masak
Cara-caranya
- Masukkan semua bahan untuk dikisar ke dalam pemproses makanan dan kisar hingga menjadi pes yang halus.
- Tuangkan pes ke dalam kuali dan tumis hingga wangi. Masukkan kepingan tuna dan kacang buncis, gaul sehingga sebati.
- Tuangkan Sos Pasta Kimball Keju-nara dan air, kemudian gaul seketika. Masukkan Kimball Spageti dan gaul sehingga spageti disaluti dengan sos sepenuhnya. Angkat dan hidangkan segera.
Kongsi di Facebook