Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
3 orang
Bahan-bahan
- Untuk Pati Ayam
- 6 sudu besar Mayonis Kimball
- 4 sudu besar Sos BBQ Kimball
- 1kg Daging ayam, dicincang
- 1 sudu besar Parsley kering
- 2 labu Bawang putih, dicincang
- 1 biji Bawang besar, dicincang
- 120g Lobak merah, dicincang
- 2 cawan Serbuk roti
- 1 sudu teh Garam
- 1 sudu teh Serbuk lada hitam
- Untuk Sos
- 3 sudu besar Sos Keju Kimball
- 2 sudu besar Sos Mustard
- 4 sudu besar Mayonis Kimball
- 1 sudu besar Sos Chilli Kimball atau Sos Tomato Kimball
- Untuk Salad
- ½ batang Timun, dihiris
- 2 biji Tomato, dihiris
- ½ batang Lobak merah, dihiris
- 1 cawan Kubis, dihiris
- 3 helai Daun salad
- 3 biji roti burger sederhana, dibelah 2 dan dibakar
- Minyak untuk goreng
Cara-caranya
- Untuk pati ayam, letakkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati. Bahagikan campuran ayam kepada 6 dan bentukkan bulat rata. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng pati ayam kedua-dua bahagian sehingga masak penuh. Ketepikan.
- Untuk sos, campurkan Sos Keju Kimball, Sos Chili Kimball dan sos mustard sehingga sebati. Ketepikan.
- Untuk membentuk burger, sapukan Mayonis Kimball di atas roti burger. Letakkan salad, pati ayam dan taburkan sos diikuti lapis salad kedua, pati ayam dan sos di atas roti burger. Akhirnya, tutup dengan roti burger dan hidangkan.
Tip cef: Tambah mayonis ke dalam burger ayam akan kekalkan kelembapan burger ayam. Serbuk roti boleh digantikan dengan roti bakar, cornflakes atau biskut yang dikisarkan halus.