Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (290g) Kimball Sos Pasta Ayam-nara
- 200g Kimball Spiral, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Minyak masak
- 100g Sosej ayam, dihiris
- 2 biji Bawang merah kecil, dihiris nipis
- 2 biji Cili padi, dihiris nipis
- 2 batang Serai, dihiris nipis
- 1 cawan Daun selom, dihiris nipis
- 1 tangkai Bunga halia kecil, dihiris nipis
- 2 tangkai Daun ketumbar, dicincang halus
- 1 keping Daun kunyit kecil, dihiris nipis
- 4 keping Daun limau purut, dihiris nipis
- 30g Kacang panjang, dihiris nipis
- 2 sudu besar Jus limau nipis
- 2 sudu teh Sos ikan
- 2 sudu besar Gula Melaka
- ΒΌ sudu teh Garam
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga masak sepenuhnya. Ketepikan untuk sejuk.
- Dalam mangkuk besar, masukkan Kimball Spiral dan semua herba yang telah dihiris, kemudiannya gaul rata.
- Masukkan sosej yang telah disejukkan, Kimball Sos Pasta Ayam-nara dan bahan-bahan yang baki. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Kongsi di Facebook